Selasa, 26 Jun 2012

MADU TUALANG





Adakah anda buntu memikirkan “Ubat” yang sesuai untuk anda, anak, ibu, bapa dan kaum keluarga Anda??? Pelbagai “Ubat” telah anda cuba dan hasilnya masih tiada??? Ayuh!!! Kita berikhtiar dengan “Ubat” yang turun bersama wahyu.


Al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.”

Hakikatnya ubat-ubatan kimia sintetik moden dan yang tiada jaminan adalah penahan sakit sahaja bukannya penawar sejati kerana kesan sampingannya sangat memudaratkan anggota dalaman tubuh yang lain.
Tanpa kita sedari, tubuh kita semakin padat dengan formula-formula kimia yang terhasil dari sumber makanan, minuman, ubat-ubatan dan seumpamanya... Mau tak mau kesan ledakannya terpaksa kita terima dengan penderitaan yang tiada hentinya, apatah lagi bagi yang tidak berkemampuan... namun bagi yang berada pula, apalah gunanya jika ikan bilis dengan lobster pun nampak sama sahaja jika sudah diselubungi pelbagai penyakit.

* Di saat ini barulah kita sedar betapa nikmatnya sihat dan hidup penuh berkah...
Yakinlah...bahawa keadaan ini terjadi dengan takdir dari Allah Subhanahu Taala...  ‘Dialah yang menurunkan penyakit itu dan juga telah menurunkan ubatnya dan kadang-kadang Dia menghilangkan penyakit itu dengan tanpa sebab apapun juga, kerana Allah Taala Maha Kuasa atas segala sesuatu’

Disinilah kami berazam untuk mendedahkan kepada anda betapa pentingnya kita kembali mencari penawar sejati yang jelas dijamin syariat ...bukannya terlalu bergantung kepada sesuatu yang masih tidak jelas. Antara penawar syariat untuk mengatasi penyakit dan menjadikan tubuh semakin kuat adalah dengan mengamalkan MADU...


MADU yang kami sarankan adalah madu asli hutan tualang atau biasa disebut Madu Tualang yang bersumber dari nektar bunga hutan yang sangat misteri lalu dikumpulkan dan diolah menjadi madu oleh lebah liar hutan, Apis Dorsata. Keistimewaan dan khasiatnya sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).

Madu Lebah Hutan keluaran Kyuju Herbs and Health menawarkan madu asli hutan yang sangat berkualiti untuk keperluan penyembuhan dan pengubatan atau sebagai minuman harian yang sangat berkhasiat. Ianya merupakan MADU ASLI HUTAN TUALANG SEGAR 'unprocess honey' di mana madu dari hutan yang terus disaring dengan penelitian kualiti yang maksimum dan dikemaskan dengan botol (mengandungi kadar peratus air (20-24%).

KAJIAN MENGENAI MADU

-Menurut Dr Filatof, ophthalmologis dari Rusia, madu pun mengandung perangsang biogenik yang berperanan meningkatkan kesegaran.

-Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

-Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China.

-Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.

-Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

-Pitagoras, seorang ahli matematik mengatakan beliau mengamalkan madu untuk hidup sehat. Beliau meninggal ketika berusia 90 tahun. Abu Qirat hidup 107 tahun adalah seo9rang yang sering mengamalkan meminum madu. Demikian juga Aristotle dan Galenos, ahli perubatan Greek. Ibn Sina menyatakan ” Jika anda ingin awet muda, minumlah madu”. Beliau ada menambah ” sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”. (Abdul Karim Najib, 1994: 173-174)

HADITH

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Di dalam kitab ”al-Sunan” itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda ” Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat”

Rasulullah SAW bersabda. "Tanda-tanda rumah orang Islam ialah dirumahnya terdapat madu dan kurma"

Rasulullah SAW bersabda, "Demi Allah yang aku di dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya"

Marilah sama-sama kita istiqamah dalam mengamalkan madu untuk kekal sihat dan bertenaga, kerana sesungguhnya ada kisah dan jaminan terhadap madu dari kisah ini:

Dari Abu Sa'id r.a: (maksudnya) Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw dan berkata: "Saudara saya sakit perut."
Rasul menjawab: "Beri ia madu!"
Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya.
Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!"
Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya.
Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!"
Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan."
Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudaramu yang bohong. Beri ia madu!"
Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya.




Dapatkan Madu Lebah Hutan (Tualang) yang 100% ASLI dan 100% Money Back Warranty.

HARGA:
         RM60 (Semenanjung Malaysia)
RM69 (Sabah & Sarawak)
$30  (Singapore & Brunei)

1 ulasan:

  1. Assalam saya membekal madu tualang asli dalam kuantiti yang banyak atau sedikit.madu asli beserta sijil ketulinan dari mardi.(wassup 0134204556)

    BalasPadam