KATA KATA ALUAN


KEHADAPAN PENGEDAR / PELANGGAN KAMI YANG DIHORMATI,


Jutaan terima kasih diucapkan kerana memilih produk kami sebagai “makanan tambahan” dan “penawar” untuk anda dan keluarga yang dicintai.

Syarikat kami, Kyuju Herbs and Health merupakan pengeluar dan pembekal produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu tinggi.


Kenapa kami YAKIN dengan keberkesanan produk kami???


Kami telah melakukan “research” dalam tempoh hampir setahun terlebih dahulu sebelum memasarkan setiap produk kami bagi memastikan apa yang kami berikan kepada pelanggan kami adalah sesuatu yang telah TERBUKTI KEBERKESANANNYA. Inilah sebabnya syarikat kami mula mengeluarkan produk kategori “Makanan Tambahan” mulai tahun 2012, sedangkan syarikat kami telah mula aktif menjual produk-produk kegunaan luaran seperti “Detox Patch”, “Slim Patch” dan “Relax Patch” sejak tahun 2009 dan telah menembusi pasaran Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Singapura dan Brunei tanpa melalui pengiklanan di Majalah atau Televisyen. Kami percaya kepada pengiklanan “dari mulut ke mulut”.

Produk-produk yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di pasaran sekarang membuatkan kami mengkaji dan mencari keberkesanan dari formulasi herba dan penawar semulajadi ciptaan Allah SWT. Dapat disimpulkan bahawa hampir semua fakta mengenai herba dan penawar semulajadi adalah benar, Cuma KUALITI dan KUANTITI herba dan penawar semulajadi itu yang memainkan peranan.


Kenapa kami MENCARI dan MENGKAJI?

Saya (Pengarah Urusan Kyuju Herbs and Health) telah diajar dari kecil untuk “mencari”, BUKAN “meminta”. Benda yang dicari dengan penuh kerumitan dan titik peluh sendiri, kepuasannya tiada tandingan dan keberkesanannya kekal.



Makanan Tambahan dan Penawar keluaran kami.

Kami telah memilih Madu sebagai permulaan “Makanan Tambahan” untuk pelanggan kami adalah kerana Madu telah diiktiraf oleh Dunia sebagai “Protection From God

Nash Al Qur’an yang secara sangat jelas mengungkap bahwa madu sebagai ubat adalah ayat berikut :
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan”. (QS An- Nahl: 69).

Objektif kami adalah untuk membentuk “Generasi Madu” di mana Madu dijadikan “Makanan Tambahan” oleh semua bermula dari bayi yang baru lahir sehinggalah warga emas. Sesungguhnya banyak khasiat dari madu yang boleh diserap oleh tubuh badan kita terutama bahagian otak.

Produk Akan Datang.


Kami telah mengkaji khasiat herba dan penawar semulajadi terbaik dunia melalui bahan rujukan kitab Ibnu Sina, Tajul Muluk, Mujarrobat, kitab Tib Al-Imam Ali, kitab Sidlit Al-A'sab Daud Al-Intoqi, dan warisan bidan kampung.

Produk kami yang akan datang akan diformulasikan dari Za’faran, Badam, Kurma, Habbatus sawda, gar-ger, hulbah, tunjuk langit, mahkota dewa, zaiton dan rempah ratus yang lain melalui gabungan perubatan Islam dan saintifik.

Nantikan kedatangan produk kami dalam kategori “MAKANAN SUNNAH”, “SABUN”, “KAPSUL” dan “MINYAK” yang InsyaAllah dapat mengekalkan kesihatan kita sekeluarga untuk menjalani aktiviti-aktiviti dan tangggungjawab di muka bumi Allah ini.

“MEREKA YANG TAKSUB MENGATAKAN PRODUK KAMI ADALAH MAGIK”

“MEREKA YANG BERPELAJARAN MEMPERCAYAI PRODUK KAMI ADALAH SAINS”

“MEREKA YANG BERIMAN MEYAKINI PRODUK KAMI ADALAH KEBESARAN ALLAH SWT”


TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN PARA PENGEDAR DAN PELANGGAN KAMI.

Segala komen, cadangan dan testimoni boleh emailkan terus kepada saya.

Yang Benar,
EZHAM BIN ABD WAHIB
(Pengarah Urusan Kyuju Herbs and Health)
Email: ezham.kyujuherbs@gmail.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan